Wednesday, December 31, 2008

TAHUN BARU 2009

Salam sejahtera...................
Hari ini hari 31hb.Dis iaitu hari terakhir bagi tahun 2008..... Esok 1hb January 2009 akan bermula satu lagi tahun baru,dalam episod hidup kita semua.Umur kita pun bertambah bilangan tahunnya.
Harap harap tahun baru ni hidup dan kerjaya kita semua akan bertambah sukses dari tahun ini.Semua kerja akan berjalan dengan lancar.
Beberapa hari lagi penggal baru persekolahan akan bermula,pada hari ini pun dah ada ibubapa yang ke sekolah untuk mendaftar anak anak mereka bagi memasuki alam persekolahan (darjah satu)minggu suaikenal dah bermula bagi beberapa buah negeri dan daerah.Mesti bermacam macam ragam dan kerenah anak anak ini dalam minggu pertama persekolahan mereka.
Bagi anak anak yang baru mendapat keputusan PMR 2008 yang diumumkan semalam iaitu 30hb.Dis 2008,tahniah bagi yang berjaya dan berusaha dengan lebih gigih lagi bagi yang kurang berjaya,ingatlah usaha tangga kejayaan.
Untuk anda semua semoga saya doakan semoga berjaya dalam semua bidang yang anda ceburi dan sukses dalam hidup dalam mengejar cita cita dan impian anda............. Semoga kedatangan tahun baru ini juga menyemarakkan lagi hidup kita semua dalam menyempurnakan azam dan cita cita yang belum tercapai..........................
WASALLAM................ jumpa lagi insyaalah.