Monday, June 22, 2009

PAGAR BARU

18HB Jun. Beberapa orang pekerja telah datang untuk memulakan tugas mereka untuk membuat Pagar baru.Gambar bawah menunjukan pekerja pekerja berkenaan membuang sisa sisa pagar lama yang runtuh.


Ulang tahun

16hb Jun bertempat di PDK Warisan Pintu Padang telah diadakan satu majlis ulang tahun untuk meraikan ,ulang tahun pelatih di PDk Warisan.Mereka adalah Ahmad Hakimie Haikal,Saliha Fadhila serta Mohd Arif Iskandar.


Kem Motivasi

5hb Mei petugas petugas PDK negeri Pahang telah menjalani kursus mativasi di Taman Negara Kuala Tahan.PDK Warisan di sertai 2 orang petugas iaitu Pn.Noraida dan Cik Erni. Kesemua petugas dari 6 buah PDK di Daerah Raub mengambil bahagian dalam kem motivasi ini.Kem ini adalah anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.Penyelaras PDK Negeri dan daerah turut menyertai kem ini sebagai urusetia dan penganjur program.


BERDUKA DI KUANTAN

03hb.Sept... bertempat di dewan Dato Adnan di Kuantan,telah berlangsung satu majlis berbuka puasa anjuran Persatu Isteri isteri Wakil Rakyat Pahang atau ringkasnya Teratai.Majlis telah dirasmikan oleh Dato Seri Haji Adnan bin Yaakub Menteri Besar Pahang.
Dalam Majlis ini Teratai telah bermurah hati memberikan sumbangan wang kepada setiap PDK dalam Negeri Pahang. Pesan Datin wang berkenaan boleh lah diguna kan untuk jamuan majlis hari raya nanti.

Sunday, June 21, 2009

WAJAH BARU

Selepas hampir 3 bulan proses pengubahsuaian.Akhirnya PDK Warisan kini berwajah dan bentuk baru.Dalam tempoh pengubahsuaian ini pelatih pelatih kami belajar dalam suasana yang kurang selesa dan persekitaran yang kurang memuaskan.Walau bagaimanapun rutin harian di PDK Warisan adalah sama. Terima kasih kepada ibubapa dan pelatih kami yang bersabar dengan keadaan ini.





LAWATAN KEBALAI BOMBA


Pada 13hb Mei 2009 ( Rabu) Satu aktiviti lawatan telah diadakan,kali ini pihak PDK Warisan telah mengadakan sesi lawatan ke Balai Bomba Raub. Seramai 18 orang pelatih telah menyertai program lawatan kali ini.Yang saya pasti pelatih pelatih ini begitu seronok dapat melawat ke balai Bomba. dimana mereka berpeluang mencuba serta menggunakan beberapa peralatan yang ada disana dibawah pegawasan Pegawai Bomba yang ada,dimana ada yang mencuba menggunakan baju,alat pemadam api dan macam macam lagi, Paling menarik mereka berpeluang naik kereta bomba dan pusing bandar Raub

MAJLIS KAHWIN

10hb.Mei 2009 merupakan hari yang bagi bersejarah bagi sukarelawan PDK kami iaitu Rizam bin Nordin bersama pilihan hati beliau iaitu Nur Izzatul. Majlis akad nikah diadakan di Kg.Jelu iaitu dirumah pihak perempuan.
Pada 18hb Mei pula majlis menyambut menantu di adakan di Taman PAKR Gali Tengah iaitu di rumah En Rizam. Semoga mereka kekal dan bahagia ke akhir hayat.

Saturday, June 20, 2009

KURSUS PENYELIAAN

Kuala Terengganu - pada 15 hb Mei 2009 ( Jumaat) pada pukul 9.30 pagi bertempat di Hotel Seri MalaysiaKuala Terengganu Darul Iman pihak Program Semai Bakti mengadakan majlis Penutupan dan peyampaian sijil bagi Kursus Penyeliaan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) seluruhalaysiabagi zon 3 ( Pahang,Terengganu dan Kelantan). Majlis ini disempurnakan oleh Yab To' Puan Norliza Mahmud, isteri kepada YAB Menteri Besar Negeri Terengganu merangkap Yang DiPertua SERIKANDI.


Isteri Menteri Besar Terengganu Persembahan Nasyid


Antara Peserta Program

PLKN SIRI 2 2009

Catatan kali ini adalah catatan yang terlewat,kerana perkara ini berlaku pada 6hb.Mei yang lalu. Seramai 38 orang Pelatih PLKN dari Benum Hill Resort siri 2 telah datang menjalan kan Aktiviti Khidmat Komuniti mereka. Pada kali ini kedatangan pelatih PLKN siri 2 pengubahsuaian bangunan PDK Warisan telah hampir siap sepenuhnya. Jadi saya telah menimta mereka semua mengemaskan barang barang dalam dan luar PDK. Kerja kerja yang mereka lakukan adalah membuang batu batu sekitar PDK, mewarnakan lukisan didinding serta mengelap debu debu di tingkap
.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi para pelatih ini berhenti rehat sambil menikmati nasi lemak yang kami sediakan. Selesai makan para pelatih PLKN ini beramah mesra dengan para pelatih OKU kami.

Apa yang pasti kedua dua pihak dapat menerima satu dengan yang lain.Walau bagaimana pun saya mengucapkan terima kasih kepada Pelatih pelatih PLKN siri 2 yang menjalankan aktiviti di PDK Warisan Taman PAKR Gali Tengah. Sekian wasalam ........ semoga anda semua mendapat barkah dari allah subhanahuataala....

LAWATAN KE KILANG

30hb April.... Penyelia penyelia PDK Daerah Raub telah mengadakan lawatan ke Kilang pembungkusan kopi segera. Kilang ini terletak di taman Raub Jaya 3.Jalan Teras.Ketibaan kami di sambut oleh Pengurus kilang berkenaan iaitu En. Jefri. Kami di beri penerangan bagaimana beliau memulakan perniagaan pembungkusan ini. Setakat ini beliau mendapat kontrak pembungkusan dengan tiga buah syarikat pengusaha kopi segera.Bila di tanya adakah beliau memerlukan pekerja tambahan .. beliau kata setakat ini tenaga kerja yang ada adalh mencukupi. kecuali jika beliau berpeluang menambah pengeluaran.


Kopi kopi yang akan di bungkus. Kopi yang siap di paket


Bersama pengurus Syarikat SIMFONI PACKAGING