Saturday, September 5, 2009

BEBUKA PUASA BERSAMA TARATAI

03hb.Sept 2009.. Bertempat diDewan Dato Seri Haji adnan Yaakub Kuantan,satu majlis berbuka puasa telah dianjurkan oleh persatuan isteri isteri wakil rakyat pahang. Dalam majlis iniTeratai telah menjemput semua PDK PDK yang terdapat dalam negeri Pahang serta wakil wakil dari Masjid seluruh negeri Pahang.


Jam 5.45 petang tetamu jemputan mula memenuhi dewan. Jam 6.00 petang Dato' Seri sampai dan seterus nya menyampaikan ucapan dan sumbangan,untuk semua wakil yang menerima bantuan. Seterusnya adalah majlis berbula puasa serta solat jemaah.Majlis berakhir selepas solat terawih dan morry...

MAJLIS BERBUKA PUASA

Salam sejahtera dan salam Ramaddan...
04hb.September 2009 Bertempat di PDK Warisan Gali, Satu majlis berbuka puasa telah diadakan, majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan,Sukan dan Sosial Pemulihan Dalam Komuniti Daerah Raub dan Pemulihan Dalam Komuniti Warisan Gali.
Majlis ini dihadiri oleh ahli ahli persatuan,Ajk ajk dari PDK PDK Daerah Raub,ibubapa pelatih PDK Warisan dan Pelatih pelatih PDK serta Pegawai JKM dan Puan Siti Fatimah isteri Yang Berhormat En. Aziz bin Mat Kiram Adun Batu Talam.
Secara keseluruhan majlis ini diadakan secara gotong royong antara ahli ahli persatuan. Yang pasti majlis yang berlansung sangat meriah dan berlansung dalam keadaan yang harmoni. Wassalam......