Saturday, October 10, 2009

SAMBUTAN DEEPARAYA 2009

Dong.... 9hb Oktober 2009 ....
Bertempat di Dewan Kompleks Rakan Muda Dong,telah berlansung satu majlis untuk meraikan hari raya untuk anak2 OKU PDK dalam Daerah Raub.Majlis ini dihadiri oleh Dato' Shahirudin bin Hi Ab. Moin dan isteri beliau Datin Arbaiyah. Yang Berhormat En. Abd Aziz bin Hj. Mat Kiram serta isteri,Dato' Pegawai Daerah Raub serta ketua ketua Jabatan,Pegawai JKM negeri Pahang dan Daearah Raub ,Pengerusi dan Penyelia PDK Daerah Bentong sertaLipis,Ibubapa, AJK- AJK PDK Daerah Raub seta OKU yang diraikan. Dijangka kan lebih kurang lapan ratus orang jemputan hadir di majlis ini.


Majlis juga diserikan dengan persembahan oleh pelatih pelatih dari setiap PDK. Dimajlis ini juga Dato' Shah telah menyampaikan duit raya untuk pelatih pelatih pdk.Majlis yang bermula sejak jam 8.00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 12.00 tengahari.

Wednesday, October 7, 2009

PAGAR BARU 2

Setelah sekian lama akhirnya pagar baru di PDK kami pun siap.


Wajah baru PDK Warisan.......




HARI JADI SEPTEMBER

Hari ini 7hb Oktober satu lagi majlis ulang tahun telah diadakan.Kali ini adalah untuk meraikan pelatih pelatih yang dilahirkan dalam bulan september yang lalu.Majlis ini telah berlansung dengan meriah dan seadanya.

Saturday, September 5, 2009

BEBUKA PUASA BERSAMA TARATAI

03hb.Sept 2009.. Bertempat diDewan Dato Seri Haji adnan Yaakub Kuantan,satu majlis berbuka puasa telah dianjurkan oleh persatuan isteri isteri wakil rakyat pahang. Dalam majlis iniTeratai telah menjemput semua PDK PDK yang terdapat dalam negeri Pahang serta wakil wakil dari Masjid seluruh negeri Pahang.


Jam 5.45 petang tetamu jemputan mula memenuhi dewan. Jam 6.00 petang Dato' Seri sampai dan seterus nya menyampaikan ucapan dan sumbangan,untuk semua wakil yang menerima bantuan. Seterusnya adalah majlis berbula puasa serta solat jemaah.Majlis berakhir selepas solat terawih dan morry...

MAJLIS BERBUKA PUASA

Salam sejahtera dan salam Ramaddan...
04hb.September 2009 Bertempat di PDK Warisan Gali, Satu majlis berbuka puasa telah diadakan, majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan,Sukan dan Sosial Pemulihan Dalam Komuniti Daerah Raub dan Pemulihan Dalam Komuniti Warisan Gali.
Majlis ini dihadiri oleh ahli ahli persatuan,Ajk ajk dari PDK PDK Daerah Raub,ibubapa pelatih PDK Warisan dan Pelatih pelatih PDK serta Pegawai JKM dan Puan Siti Fatimah isteri Yang Berhormat En. Aziz bin Mat Kiram Adun Batu Talam.
Secara keseluruhan majlis ini diadakan secara gotong royong antara ahli ahli persatuan. Yang pasti majlis yang berlansung sangat meriah dan berlansung dalam keadaan yang harmoni. Wassalam......


Saturday, August 29, 2009

BULAN PUASA

Asalamualaikum.dan selamat sejahtera.......
Rasanya dah lama saya tak up date blog ni, Jadi sempena bulan Ramadan yang mulia ini saya nak ucapkan 'SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM' dan semoga anda semua dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna dan di rahmati Allah subhanahuwataala...... Aminnn.....

Saturday, August 8, 2009

Penghantaran Terakhir

7hb Ogos 2009 .......... Pada hari ini pihak Physioprima Resources membuat penghantaran terakhir untuk barangan yang di pesan oleh PDK Warisan.

Wakil pihak Physioprima sedang memasang peralatan....

PAGAR BARU

Pagar baru PDK masih belum siap.... kalau ikut pada papan tanda patutnya dah siap...


Julai 2009.....
Pada bulan Jun hanya seorang sahaja pelatih di PDK Warisan yang menyambut ualng tahun. Pihak PDK telah mengadakan majlis ulang tahun pelatih ini agak lewat kerana perkara perkara yang tak dapat dielakkan.Walau bagaimana pun majlis yang diadakan tetap meriah dan ditunggu tunggu oleh semua pelatih.

Thursday, August 6, 2009

Ulang tahun

Bulan Julai telah pun berlalu.. dalam bulan julai ini hanya seorang saja pelatih yang meraikan ulang tahun. Majlis kami sama

Monday, June 22, 2009

PAGAR BARU

18HB Jun. Beberapa orang pekerja telah datang untuk memulakan tugas mereka untuk membuat Pagar baru.Gambar bawah menunjukan pekerja pekerja berkenaan membuang sisa sisa pagar lama yang runtuh.


Ulang tahun

16hb Jun bertempat di PDK Warisan Pintu Padang telah diadakan satu majlis ulang tahun untuk meraikan ,ulang tahun pelatih di PDk Warisan.Mereka adalah Ahmad Hakimie Haikal,Saliha Fadhila serta Mohd Arif Iskandar.


Kem Motivasi

5hb Mei petugas petugas PDK negeri Pahang telah menjalani kursus mativasi di Taman Negara Kuala Tahan.PDK Warisan di sertai 2 orang petugas iaitu Pn.Noraida dan Cik Erni. Kesemua petugas dari 6 buah PDK di Daerah Raub mengambil bahagian dalam kem motivasi ini.Kem ini adalah anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.Penyelaras PDK Negeri dan daerah turut menyertai kem ini sebagai urusetia dan penganjur program.


BERDUKA DI KUANTAN

03hb.Sept... bertempat di dewan Dato Adnan di Kuantan,telah berlangsung satu majlis berbuka puasa anjuran Persatu Isteri isteri Wakil Rakyat Pahang atau ringkasnya Teratai.Majlis telah dirasmikan oleh Dato Seri Haji Adnan bin Yaakub Menteri Besar Pahang.
Dalam Majlis ini Teratai telah bermurah hati memberikan sumbangan wang kepada setiap PDK dalam Negeri Pahang. Pesan Datin wang berkenaan boleh lah diguna kan untuk jamuan majlis hari raya nanti.

Sunday, June 21, 2009

WAJAH BARU

Selepas hampir 3 bulan proses pengubahsuaian.Akhirnya PDK Warisan kini berwajah dan bentuk baru.Dalam tempoh pengubahsuaian ini pelatih pelatih kami belajar dalam suasana yang kurang selesa dan persekitaran yang kurang memuaskan.Walau bagaimanapun rutin harian di PDK Warisan adalah sama. Terima kasih kepada ibubapa dan pelatih kami yang bersabar dengan keadaan ini.





LAWATAN KEBALAI BOMBA


Pada 13hb Mei 2009 ( Rabu) Satu aktiviti lawatan telah diadakan,kali ini pihak PDK Warisan telah mengadakan sesi lawatan ke Balai Bomba Raub. Seramai 18 orang pelatih telah menyertai program lawatan kali ini.Yang saya pasti pelatih pelatih ini begitu seronok dapat melawat ke balai Bomba. dimana mereka berpeluang mencuba serta menggunakan beberapa peralatan yang ada disana dibawah pegawasan Pegawai Bomba yang ada,dimana ada yang mencuba menggunakan baju,alat pemadam api dan macam macam lagi, Paling menarik mereka berpeluang naik kereta bomba dan pusing bandar Raub

MAJLIS KAHWIN

10hb.Mei 2009 merupakan hari yang bagi bersejarah bagi sukarelawan PDK kami iaitu Rizam bin Nordin bersama pilihan hati beliau iaitu Nur Izzatul. Majlis akad nikah diadakan di Kg.Jelu iaitu dirumah pihak perempuan.
Pada 18hb Mei pula majlis menyambut menantu di adakan di Taman PAKR Gali Tengah iaitu di rumah En Rizam. Semoga mereka kekal dan bahagia ke akhir hayat.

Saturday, June 20, 2009

KURSUS PENYELIAAN

Kuala Terengganu - pada 15 hb Mei 2009 ( Jumaat) pada pukul 9.30 pagi bertempat di Hotel Seri MalaysiaKuala Terengganu Darul Iman pihak Program Semai Bakti mengadakan majlis Penutupan dan peyampaian sijil bagi Kursus Penyeliaan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) seluruhalaysiabagi zon 3 ( Pahang,Terengganu dan Kelantan). Majlis ini disempurnakan oleh Yab To' Puan Norliza Mahmud, isteri kepada YAB Menteri Besar Negeri Terengganu merangkap Yang DiPertua SERIKANDI.


Isteri Menteri Besar Terengganu Persembahan Nasyid


Antara Peserta Program

PLKN SIRI 2 2009

Catatan kali ini adalah catatan yang terlewat,kerana perkara ini berlaku pada 6hb.Mei yang lalu. Seramai 38 orang Pelatih PLKN dari Benum Hill Resort siri 2 telah datang menjalan kan Aktiviti Khidmat Komuniti mereka. Pada kali ini kedatangan pelatih PLKN siri 2 pengubahsuaian bangunan PDK Warisan telah hampir siap sepenuhnya. Jadi saya telah menimta mereka semua mengemaskan barang barang dalam dan luar PDK. Kerja kerja yang mereka lakukan adalah membuang batu batu sekitar PDK, mewarnakan lukisan didinding serta mengelap debu debu di tingkap
.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi para pelatih ini berhenti rehat sambil menikmati nasi lemak yang kami sediakan. Selesai makan para pelatih PLKN ini beramah mesra dengan para pelatih OKU kami.

Apa yang pasti kedua dua pihak dapat menerima satu dengan yang lain.Walau bagaimana pun saya mengucapkan terima kasih kepada Pelatih pelatih PLKN siri 2 yang menjalankan aktiviti di PDK Warisan Taman PAKR Gali Tengah. Sekian wasalam ........ semoga anda semua mendapat barkah dari allah subhanahuataala....