Saturday, June 20, 2009

PLKN SIRI 2 2009

Catatan kali ini adalah catatan yang terlewat,kerana perkara ini berlaku pada 6hb.Mei yang lalu. Seramai 38 orang Pelatih PLKN dari Benum Hill Resort siri 2 telah datang menjalan kan Aktiviti Khidmat Komuniti mereka. Pada kali ini kedatangan pelatih PLKN siri 2 pengubahsuaian bangunan PDK Warisan telah hampir siap sepenuhnya. Jadi saya telah menimta mereka semua mengemaskan barang barang dalam dan luar PDK. Kerja kerja yang mereka lakukan adalah membuang batu batu sekitar PDK, mewarnakan lukisan didinding serta mengelap debu debu di tingkap
.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi para pelatih ini berhenti rehat sambil menikmati nasi lemak yang kami sediakan. Selesai makan para pelatih PLKN ini beramah mesra dengan para pelatih OKU kami.

Apa yang pasti kedua dua pihak dapat menerima satu dengan yang lain.Walau bagaimana pun saya mengucapkan terima kasih kepada Pelatih pelatih PLKN siri 2 yang menjalankan aktiviti di PDK Warisan Taman PAKR Gali Tengah. Sekian wasalam ........ semoga anda semua mendapat barkah dari allah subhanahuataala....

No comments: