Friday, February 13, 2009

KURSUS JURUPULIH CARAKERJA

Salam hormat dan jumpa lagi.......
Khamis 12hb.Feb.2009 PDK Warisan dan beberapa PDK lain di Daerah Raub ditutup kerana petugas-petugas PDK dihantar berkursus di Temerloh.
Kursus ini di adakan di Hospital Temerloh. Kursus Jurupulih cara kerja ini di hadiri oleh semua petugas PDK dalam Negeri Pahang.Kursus bermula Jam 8.00pagi dan berakhir jam 5.00 petang.Beberapa orang Fasilitator di jemput untuk memberikan penerangan tentang tugas-tugas dan bagaimana Jurupulih carakerja bekerja.
semoga peseta yang menghadiri kuirsus ini mendapat pengalaman baru dan sesuatu yang baru untuk di bawa pulang ke PDK masing-masing.Semoga usaha pihak JKm ini memberikan hasil yang terbaik buat PDk dan petugas-petugasnya
Wassalam...........

Sunday, February 8, 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA


8HB.feb.2009.bersamaan hari Ahad,Y.B Dato' Sri Dr.Ng.Yen Yen menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempana Tahun Baru Cina.Majlis berlansung di Dataran Raub.
Sempena majlis ini Dato'Sri Ng Yen Yen telah menyampaikan angpau kepada lebih 400 orang penerima bantuan JKM,Orang Asli dan juga Pelatih PDK. Semua penerima Angpau di kehendaki melaporkan diri di khemah yang di sediakan bermula jam 1.00 tengahari.Penerima Angpau ini juga di tempatkan di khemah khas bersama VIP. Acara dimulakan dengan tarian Naga.Kemudian ucapan dari Dato'Sri di ikuti dengan pemberian Angpau.Majlis seterus nya diserikan dengan persembahan akrobatik dan juga nyanyian. Majlis berakhir dengan cabutan nombor bertuah.Majlis bersurai lebih kurang jam 6.00 petang.

Saturday, February 7, 2009

PESTA ANGPAU PDK GEMBIRA


Salam sejahtera dan salam bahagia buat semua......
Pada hari ini saya telah menghadiri satu majlis di salah sebuah PDK didalam daerah Raub.Majlis inidiadakan sempena Tahun Baru Cina Dan juga perasmian Banggunan Baru PDK berkenaan.Banggunan ini bukanlah beru disiapkan, tetapi baru berpindah ke tempat ini.
Pada hari juga PDK Harapan telah mengadakan majlis yang serupa di Jalan Bukit.Tetapi saya tak pergi kesana kerana tak di jemput. Walau apa pun saya ucapkan untuk mereka semua semoga berjaya dan sukses dalam memdidik anak-anak istimewa ini.






Kehadiran tetamu kehormat, keluarga pelatih dan jemputan-jemputan lain.


Perasmi program .................
Encik Wong Ban Seng












Upacara perasmian rumah baru PDK GEMBIRA beralat di no.246 Jalan Pekeliling 27600 Raub Pahang.










Para tetamu sedang menjamu selera

Thursday, February 5, 2009

TAKLIMAT INSURAN

2hb.Feb.2009 bersamaan hari Isnin,Bertempat diPDK Warisan pihak PDK Warisan telah menjemput wakil Insuran Takaful etiqa datang memberikan taklimat mengenai insuran yang ditawarkan oleh pihak insuran etiqa.
Pihak insuran yang di wakili oleh encik Fikri dan puan Nawal telah berjaya menarik minat ibubapa untuk membeli insuran untuk anak anak mereka.

Sunday, February 1, 2009

TAKLIMAT UNTUK PDK DAN SESSI DIALOG

Sesi dialog bersama JKM Pahang telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian Pintu Padang Daerah Raub.Majlis ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.Dalam majlis ini Pengarah JKM negeri Pahang turut hadir untuk sessi dialog.
Manakala Dato' Ng Yen Yen pula hanya menghantar wakil kerana beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakan.
Pada sebelah pagi majlis taklimat tentang PDK telah diadakan dan taklimat ini disampaikan oleh Puan Suriani.





penyampaian cek geran tahunan untuk PDK dan cenderahati untuk En.Wong