Sunday, February 8, 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA


8HB.feb.2009.bersamaan hari Ahad,Y.B Dato' Sri Dr.Ng.Yen Yen menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempana Tahun Baru Cina.Majlis berlansung di Dataran Raub.
Sempena majlis ini Dato'Sri Ng Yen Yen telah menyampaikan angpau kepada lebih 400 orang penerima bantuan JKM,Orang Asli dan juga Pelatih PDK. Semua penerima Angpau di kehendaki melaporkan diri di khemah yang di sediakan bermula jam 1.00 tengahari.Penerima Angpau ini juga di tempatkan di khemah khas bersama VIP. Acara dimulakan dengan tarian Naga.Kemudian ucapan dari Dato'Sri di ikuti dengan pemberian Angpau.Majlis seterus nya diserikan dengan persembahan akrobatik dan juga nyanyian. Majlis berakhir dengan cabutan nombor bertuah.Majlis bersurai lebih kurang jam 6.00 petang.

No comments: