Thursday, August 21, 2008

LAWATAN KE KUALA GANDAH

SALAM SEJAHTERA................
20HB,Ogos 2008 bersamaan hari rabu saya bersama dengan petugas petugas PDK Warisan telah membawa seramai 24 orang OKU dan juga pengiring seramai tigabelas orang.Kami semua memulakan perjalanan ke Kuala Gandah jam 8.30 pagi.Semasa dalam perjalanan anak anak OKU ni sibuk betul bertanya,jauh lagi ke cikgu..... Bas ni lambat sangatlah..... dan macam macam pertanyaan lagi.
Sampai keSimpang Kg.Bolok lebih kurang jam 10.00 pagi.Apabila saya umumkan pada anak anak ini yang kami semua hampir sampai,jelas kelihatan keseronokan dan kegembiraan yang tak terhingga.

Apabila bas berhenti dihadapan pejabat Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah anak anak ini menjerit keseronokan.Mereka serentak menyatakan sampai dah... sampai dah....
Saya pun terus pergi mendaftar/lapor diri dikaunter.
Selepas melapor diri saya pun membawa mereka ke tempat memberi gajah makan.
Disana kami diberikan dua jenis label.Satu label berwarna kuning dan satu lagi label bewarna merah.Seramai lima belas orang pelatih sahaja yang berpeluang menunggang Gajah.yang lain lain tak dibenarkan kerana keadaan fizikal mereka.
Keseronokan menunggang gajah.............Setelah semua pelatih yang berpeluang menunggang gajah selesai menjalankan aktiviti ini kami meneruskan program lawatan kami ke DEERLAND.Ianya lebih merupakan sebuah mini zoo.

Disini saya siarkan gambar gambar di yang kami ambil di Deerland........


Memberi rusa makan


Bersama burung kasawari

Aksi siberuang



Aksi simonyet

Haiwan haiwan lain yang ada

Sunday, August 17, 2008

PROGRAM ICT DESA NEGERI PAHANG 2008

Salam sejahtera...Kali ini nak cerita fasal program ICT diRaaub baru baru ni..
Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Penerangan Sains,Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang.Tarikhnya pada 11 dan 12hb.Ogos yang lalu.Program ini berlangsung selama dua hari berturut turut di Perpustakaan Awam Raub dan Dewan Jublie Raub.Bagi saya Program ini besar,sebab banyak pihak yng terlibat sama dari Peringkat Kementerian hinggalah kepihak pelajar pelajar sekolah serta orang ramai di kampung,semuanya terlibat sama.Bagi pihak saya,cuma terlibat sikit sahaja iaitu pada hari kedua,beri tunjuk ajar pada golongan OKU dan pelatih PDK cara cara nak gunakan computer.Semua pelatih OKU yang turut serta di dalam program ini dianugerahakan sijil penyertaan.Nampaknya semua pelatih pelatih ini seronok dan gembira kerana diberi peluang menyertai program yang dianjurkan ini.
Saya pun turut berbangga kerana berpeluang memberikan khidmat bersama di program ini.
Wassalam ..........jumpa lagi.........

PERSIAPAN KEKUALA GANDAH

Salam semua............................... pejam celik dah hampir sebulan buat persiapan untuk keKuala Gandah.Dari hari pertama berfikir nak bawa anak anak OKU ni melawat sebagai aktiviti tahunan,asyik terfikir nak bawa dia orang semua naik gajah.paling tidak pun beri gajah gajah makan.Lepas tu tengok kat laman web ada tempat yang sesuai,iaitu KUALA GANDAH.Tempat nie pun tak jauh sangat dari Daerah kami.Jadi selepas buat kajian maka Pengerusi dan AJK dipusat kami bersetuju untuk memberi kebenaran kepada saya untuk membawa anak anak OKU ni pergi keKUALA GANDAH.
Anak anak OKU diPDK pula hari hari tanya bila nak pergi.Sekarang saya dah pun edarkan surat kebenaran untuk pergi melawat pada ibubapa/penjaga.
Insyaallah kalau tak ada apa rintangan kami semua akan ke KUALA GANDAH pada hari rabu 20hb.ogos 2008 ini.Semoga kami semua selamat sampai dan pulang kedestinasi tanpa sebarang kejadian yang tak di ingini.
Wassalam

Thursday, August 7, 2008

CERAMAH KESEDARAN

Salam sejahtera buat semua yang membaca.Pada beberapa minggu yang lepas saya den beberapa orang kenalan telah merancang untuk mengadakan satu ceramah kesedaran pada masyarakat setempat dan ibubapa berkenaan tanggungjawab masyarakat dan ibubapa terhadap golongan orang kurang upaya,disini masih terdapat ramai lagi golongan kurang upaya yang diabaikan dan disembunyikan dari masyarakat sekeliling.Keluarga ini merasakan OKU ini beban atau sesuatu perkara yng memalukan kerana mempunyai ahli keluarga atau anak OKU ini.
Saya sendiri pun tak tahu nak mulakan dari mana program ini.Kertas cadangan dah ada. tapi perbelanjaan untuk mengadakan ceramah ini agak besar juga.Maklum ajelah dizaman serba moden dan canggih ini nak buat program kena ada style sikit paling tidak pun mesti ada buah tangan untuk dibawa balik.Makan dah minum mesti disediakan.Penceramah pun kalau yang biasa beri ceramah mesti bayaranya tinggi.Penceramah pun glamour juga kalu tak.alamatnya orang tak datang.
Entahlah.... pening juga dibuatnya.Kalaulah ada orang yang hulurkan sumbangan ringan sikit bebanan,kalau nak bagi barangan pun saya terima dengan penuh kesyukuran. sekurang kurangnya saya tahu ada orang yang sokong saya.

Sunday, August 3, 2008

Salam.................. Hari sabtu 2hb ogos 2008.Bertempat di Dewan Simpang Kallang.satu majlis sambuatan untuk orang kurang upaya telah diadakan.Majlis ini dirancang oleh Puan Juharahbi Penyelia PDK Cheroh bersama dengan teamwork beliau,dengan kerjasama pihak JKM daerah dan beberapa pihak tertentu.Setiap PDK diberikan 2 buah meja untuk 16 orang.Beberapa PDK dari luar daerah Raub juga dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB En.Abdul Aziz bin Haji Mohd Kiram,wakil dun Batu Talam,merangkap pengerusi PDK Gembira. Macam macam acara dipersembahkan oleh anak anak didik di setiap PDK daerah Raub.Macam macam hadiah juga disediakan,antaranya anugerah untuk pelatih terbaik setiap PDK.Pelatih terbaik PDK Warisan ialah Suhainizan binti Ghazali.beliau mempunyai masalah pendengaran.Saya pula dapat anugerah Penyelia terbaik bagi daerah Raub tahun 2008.

Terima kasih pada pihak panel penilai kerana memilih saya sebagai Penyelia terbaik.Insyaallah saya akan lalukan tugas saya dengan lebih baik lagi dimasa masa akan datang.Dan tak lupa tahniah buat Puan Juharahbi dengan teamwork beliau yang telah berjaya menganjurkan majlis sambutan hari OKU Dearah Raub dengan cemerlang dan jayanya.Semoga perjumpaan ini tak berakhir disisni saja.Wassalam

KURSUS KEPIMPINAN PENYELIA PDK

Hari ini nak cerita pasal kena pergi kursus diKuantan Pahang.Semua Penyelia PDK di negeri Pahang diwajibkan hadir diri .Tajuknya KURSUS KECERMERLANGAN PENGURUSAN BAGI PENYELIA PDK NEGERI PAHANG,tempat di Hotel Shahzan Inn bermula dari 29hb Jualai hingga 1hb.Ogos 2008.Dinegeri Pahang sekarang ini terdapat 40 buah pusat Pemulihan Dalam Komuniti,jadi sepatutnya 40 orang penyelia yang hadir pada hari itu.Tetapi hanya 39 sahaja yang hadir,salah seorang darinya baru melahirkan anak.Walau apapun tahniah untuk beliau.Salah seorang Penyelia yang hadir pada kursus tu baru habis pantang,jadi beliau hadir bersama-sama dengan bayi beliau kerana ketiadan orang untuk menguruskan bayi beliau.Atas komitmen beliau yang tinggi pihak JKM membenarkan beliau untuk membawa bayi tersebut yang bernama Mohd Khairul Amri.

Jadual kursus memang penuh dan tak ada masa nak meronda ronda sekitar bandar Kuantan.

Hidangan makan malam/tengahari juga pencuci mulut . Sekitar dewan makan di Shahzan Inn



Sekitar dewan kuliah di Hotel Shahzan Inn. Peserta kursus....... antara yang hadir.



PENCERAMAH YANG TERLIBAT


Penceramah penceramah yang terlibat


Kerja berkumpulan