Sunday, May 24, 2009

BELI BARANG TEMPATAN

24hb -- 26hb.April . Tunas Manja Daerah Raub telah mengadakan satu kempen besar besaran ,iaitu kempen "BELILAH BARANGAN TEMPATAN" Untuk menjayakan kempen ini pihak tunas Manja telah menjemput pengusaha pengusaha tempatan mengambil bahagian ,dengan mempromosikan barangan keluaran mereka.PDK juga tidak ketinggalan mengambil bahagia dengan mempromosikan hasil kraftangan Orang Kurang Upaya yang berdaftar dengan PDK.Acara berlangsung di perkarangan Pasaraya Tunas Manja Raub. Acara perasmian di adakan pada 26 hb April,bermacam macam acara diadakan.Gerai gerai yang mengambil bahagian berakhir kira kira jam 9.00 malm.

MALAM KEBUDAYAAN

18hb.April.. Bertempat di Dewan MCA Raub,satu majlis yang bertemakan "MALAM KEBUDAYAAN OKU DAN ANAK ANAK YATIM"
telah berlansung. Acara yang julung julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan India Raub ini telah berlansung dalam suasa yang meriah dan berwarna warni. Beberapa orang penyanyi amatur telah di jemput sama untuk mempersembahkan nyanyian mereka.



Ulang tahun dan Taklimat Takaful

Pada 15hb April satu lagi majlis ulang tahun pelatih diadakan di PDK Warisan. Kali ini adalah untuk meraikan ulang tahun Ahmad Hakimie Haikal yang ke 16 tahun dan Nur Najwa pula berusia 8 tahun.Untuk mereka semoga berada dalam kerahmatan.

Sebelum bermulanya majlis ulang tahun PDK telah menjemput wakil Insuran Takaful Malaysia untuk memberikan taklimat berkenaan dengan Insuran berkelompok yang di sediakan pihak Takaful Malaysia. Dua orang pegawai dari Insuran Takaful telah menerangkan secara panjang lebar berkenaan pelan perlindungan yang disediakan. Selesai memberikan taklimat kami sama sama meraikan majlis ulang tahun pelatih kami.