Saturday, January 31, 2009

PENYAMPAIAN CEK DARI JKM 1






Salam sejahtera dan apa khabar semua.........?
Kali saya nak cuma nak menyakan bahawa pada 22hb.Januari.2009 bersamaan dengan hari Khamis pihak JKM telah menyerahkan cek untuk elaun pelatih dan juga untuk penyelenggaran PDK.
Majlis penyerahan cek berlangsung di bilik gerakan tingkat 4 bangunan Gunasama Persekutuan.Turut hadir dalam majlis ini Dato'Shahhiruddin.Y.B Abdul Aziz bin MatKiram wakil pihak Dato' Ng Yen Yen,Pihak JKM Pahang,Penghulu,Pengerusi PDK,Penyelia PDK dan sukarelawan PDK serta beberapa pihak yang terlibat.Semua cek di terima oleh Pengerusi PDK masing-masing.Majlis di pengerusikan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Raub,En Mohd Tajul Aris.
Semoga dengan penyerahan cek ini dapatlah pihak PDK menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan PDK dengan lebih baik lagi. Dan saya berharap dapat menyampaikan elaun kepada pelatih-pelatih seya dengan secepat mungkin.

Friday, January 30, 2009

Program Pertama 2009

Salam ....
Selamat bertemu lagi buat pertama kali dalam tahun 2009.......... Sebulan hampir berlalu dan beberapa perkara telah terjadi dalam bulan pertama tahun 2009 ini.Saya bagi pihak PDK telah mengadakan program pertama PDK dengan mengadakan majlis Harijadi untuk empat orang pelatih kami,yang menyambut hari lahir mereka pada bulan Januari ini.Majlis ini kami adakan pada 14/January/2009 yang lalu.Majlis ini taklah besar tetapi cukuplah bagi mereka untuk merasa keseronokan bersama teman-teman meraikan hari ulang tahun mereka.






Selamat Harijadi untuk Wanie,Aqqram,Rohana dan Tarmidzi semoga gembira dan bahagia selalu.