Monday, September 22, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA



Salam sejahtera dan salam bahagia........
Kali ini saya nak menulis mengenai Majlis Berbuka Puasa DiPusat Jagaan Harian Warga Emas Raub.Kali ini pihak PDK mendapat jemputan berbuka puasa bersama warga emas di Pusat Jagaan Harian Warga Emas Raub.Saya diminta membawa hanya 10 orang pelatih OKU sahaja,tetapi pelatih pelatih ini boleh ditemani oleh ibubapa atau penjaga mereka.
Dimajlis ini anak anak yatim juga dijemput hadir.

Sebelum waktu berbuka puasa sampai kami dihiburkan oleh nyanyian nasyid oleh anak anak dari Pusat PAKKR Jalan Pekeliling Raub.

Majlis ini di rasmikan oleh En Chan Chun Fah bekas Adun Tras.Dalam majlis ini juga ada penyampaian Duit raya untuk Orang Orang Tua dan Pelatih PDK.Terima kasih pada pihak warga kerja Rumah Jagaan Warga Emas kerana menjemput kami dan atas layanan yang di berikan.Hadir sama dalam Majlis ini PKMD Raub En Tajul serta warga kerja JKM. Cik Noorhanizah juga turut hadir,walaupun beliau telah pun bertugas ke tempat lain.

Wassalam.............. semua yang berlaku adalah atas rahmatnya....... Amin.....

Mesyuarat Jamuan Raya

Salam hormat pada yang membaca........

Hari ini 19hb.Sept 2008 bersamaan dengan hari Jumaat .Saya sebagai pengerusi Petugas Petugas PDK Daerah Raub saya telah mempengerusikan satu Pembentangan Kertas Kerja Majlis Jamuan Hariraya Aidilfiitri 2008 untuk Orang Orang Kurang Upaya Daerah Raub.Dianggaran lebih kurang 500 orang tetamu yang akan hadir/dijemput termasuk Vip,Ajk PDK,Ibubapa OKU,OKU sukarelawan, penyumbang / penderma kewangan,ketua Jabatan serta orang persaorangan.

Banyak perkara yang di bincangkan oleh kami pada hari itu,antaranya:

  • Tarikh
  • Masa
  • Tempat :
    1. Harga
    2. Hiasan
  • Perasmi program
  • Tema
  • Objektif program
  • Para tetamu
  • Makanan / minuman
  • Aturcara Majlis
  • Sumber Kewangan
  • Lain lain
    • Sound Syistem/karaoke
      Pengacara
      Cenderahati
      Duit Raya
      Penggambaran
  • Perlantikan Jawatankuasa Kerja

Mengikut anggaran saya kami memerlukan lebih kurang RM 5.000.00 hingga RM 7.000.00 .Setakat ini hanya ada RM 2.000.00 sahaja.Manalah saya nak cari duit sebanyak tu........ Oh.. ya.... jika anda ada sebarang cadangan atau nak menderma,anda bolelah menghubungi saya.Akhir kata saya memang mengharapkan bantuan anda semua.Semoga Allah merahmati usaha saya ini dan anda semua yang prihatin.Wassalam.......... terima kasih

SUMBANGAN DUIT RAYA



Salam Ramadan dan selamat berpuasa pada semua muslimin dan muslimat
Pada hari ini saya nak menulis berkenaan sumbangan kewangan dari (YKN) atau pun Yayasan Kebajikan Negara yang akan di sampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Ng Yen Yen menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat.
Hari ini 18hb.Sept.2008 bersamaan hari Khamis bertempat di Dewan Jubli Raub
Saya berserta dengan Petugas Petugas PDK yang lain sibuk menguruskan pelatih pelatih OKU dari Pusat PDK masing masing.Hari ini Dato' Ng Yen Yen akan menyampaikan sumbangan berbentuk wang dan sedikit kuih sebagai buah tangan untuk dibawa pulang sempena MAJLIS SUMBANGAN BANTUAN SEMPENA SAMBUTAN MAJLIS HARIRAYA AIDILFITRI 2008.Saya dimaklumkan terdapat seramai 250 orang yang akan menerima bantuan.mereka terdiri daripada orang orang tua,orang orang miskin dan orang kurang upaya.
Dari Pusat PDK Warisan saya telah membawa seramai 28 orang pelatih OKU untuk menerima sumbangan duit raya.Sehari sebelum pergi saya dah berpesan pada pelatih pelatih saya supaya memakai pakaian seragam PDK.bukan apa saya buat macam ini,supaya saya mudah mencari mereka kalau mereka tak berada pada tempat duduk mereka.Maklum, saja lah anak anak ini bukan macam kanak-kanak lain yang sempurna,faham mana baik mana buruk atau pun perkara yang boleh memudaratkan mereka.Alhamdulillah semuanya dengar dan mengikut arahan.
Lebih kurang pukul 7.45 pagi saya sampai diDewan Jubli,saya tengok orang dah ramai yang sampai,rasa bersalah pula kerana lewat…….. Saya terus cari pelatih-pelatih saya,mujur juga yang dah hadir ditemani oleh ibubapa.Masih ramai lagi yang tak datang.Yang dah ada saya bawa ke meja pendaftaran penerima wang sumbangan hariraya dan terus masuk Dewan menunggu ketibaan Datuk Ng Yen Yen.Seorang demi seorang pelatih saya datang.Alhamdullilah semuanya hadir kecuali seorang kerana sakit dan terpaksa menjalani pembedahan kecil.

Dari riak muka anak anak ini jelas tergambar kegembiraan kerana mereka akan mendapat duit raya. Saya bertanya pada mereka seronok ke? Cepat je mereka jawab..... seronok.... dapat duit nak beli baju raya....... Rasa terharu sangat tengok dia orang ni..... Walaupun cacat mereka masih perpuasa dan faham macam mana nak guna duit yang akan mereka terima.

Majlis bermula sebaik sahaja tetamu kehormat Dato' Dr.Ng Yen Yen sampai.Lebih kurang Jam 9.00 pagi,Menteri Pembanguna Wanita,Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr.Ng Yen Yen sampai.Hadir sama dalam majlis ini Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara Datuk Sayed A.Rahman bin Sayed Mohammad dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang Puan Shamsiah binti Husin.
Alhamdullilah syukur pada tuhan semuanya berjalan dengan baik........ Amin.

Wednesday, September 10, 2008

CERAMAH KESEDARAN

Salam sejahtera semua............
Dah lama tak menulis untuk ruangan ini,jadi hari ini saya nak mencerita peristiwa yang berlaku sehari sebelum sambutan hari merdeka yang ke 51.Pada 30hb.Ogos yang lalu PDK kami iaitu PDK Warisan telah menganjurkan satu program ceramah yang bertajuk "KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT SERTA IBUBAPA TERHADAP GOLONGAN KURANG UPAYA"

Majlis ini sepatutnya dirasmikan oleh Dato'Abdul Mu'ain bin Abdul Hamid.tapi kerana sebab tertentu beliau telah mewakilkan kepada pembantu beliau untuk merasmikan program ini.
Penceramah program ini juga telah bertukar dari Pegawai Agama Islam Daerah Raub,kepada pembantu beliau.
Walaupun saya berasa agak hampa dengan kejadian ini tetapi saya tetap berasa bangga dengan kehadiran petugas petugas dari PDK seluruh daerah Raub yang membantu menjayakan program ini.



Alhamdulillah sambutan dari penduduk sekitar memang memberangsangkan.Ramai juga ibubapa OKU yang turut hadir untuk mendengar ceramah yang disampaikan.Disamping ceramah yang diadakan saya juga mengadakan pameran kraftangan yang dihasilkan oleh pelatih pelatih di PDK PDK daerah Raub.Keadaan menjadi bertambah meriah dengan persembahan dari pelatih pelatih OKU.Diakhir program saya mengedarkan bendera Malaysia dan mengajak semua hadirin untuk menyanyikan lagu lagu petriotik merdeka sambil mengibarkan bendera.Yang pasti program saya telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.




Salamat menyambut hari merdeka ke 51. MERDEKA......MERDEKA..... MERDEKA........
Wassalam............ jumpa lagi...