Sunday, March 29, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN

Sambutan ulang tahun disambut setiap bulan di PDK Warisan. Pada bulan march ini seramai empat (4) orang pelatih kami telah diraikan dalam majlis yang kami adakan disini.
Kali ini adalah ulang tahun Mohd Asri,Noryati,Nur Asyih dan Nur Najwa. Kesemua mereka begitu seronok bila rakan rakan dan hadirin yang ada bersama sama menyanyikan lagu selamat hari jadi.















Bagi saya sebagai insan dan manusia biasa, saya mengharapkan kehidupan yang lebih baik untuk masa depan mereka.
SELAMAT HARIJADI
SELAMAT HARIJADI
SELAMAT HARIJADI
SEMOGA PANJANG UMUR NYA..........

MESYUARAT AJK SESI 2009-2011

28hb.march 2008 bersamaan hari sabtu,sekali lagi PDK Warisan telah mengadakan mesyuarat AJK PDK, tapi kali ini adalah mesyuarat AJK kali pertama bagi lantikan 2009-2011. Mesyuarat diadakan seperti berikut:

TARIKH : 28HB. MARCH 2009

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : PDK Warisan

AGENDA MESYUARAT AJK SESI 2009 - 2011 KALI - 1
  1. Ucapan aluan pengerusi
    En.Jamaludin bin Hashim
  2. Bacaan Doa
    En.Bahadon bin Mat Jebah
  3. Pembentangan Penyata Kewangan March
    Puan Noraida binti Ab.Rahman
  4. Penyerahan Akaun kepada Bendahari baru
    Puan Noriza binti Yusoh
  5. Pembentangan pembelian peralatan pemulihan dan pembelajaran PDK
  6. Perlantikan Setiausaha Baru
    En. Mohd Hairi bin Hamidia
  7. Jamuan ringan
  8. Lain lain Hal
  9. Ucapan Penangguhan dan penutup.

Kehadiran mesyuarat AJK untuk sesi2009 - 2011 sangat memuaskan , ini kerana hampir seratus peratus AJK menghadirkan diri.Saya mengharapkan perkara seperti ini berterusan. Semoga kepimpinan baru ini dapat membawa PDK Warisan kearah kecemerlangan pembangunan OKU yang di impikan.

Saturday, March 28, 2009

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PDK


27hb March 2009...... bersamaan hari Jumaat. Persatuan Kebajikan Sukan Dan Sosial Pemulihan Dalam Komuniti Daerah Raub telah mengada mesyuarat agung buat kali pertamanya.

TARIKH : 27HB. MARCH 2009

MASA : 9.30 PAGI

TEMPAT : PDK CHEROH

Pada hari ini persatuan kami telah mengadakan mesyuarat agung yang pertama diPDK Cheroh. Semua petugas , penyelia,sukarelawan , AJK PDK ,Pegawai JKM serta orang ramai yang berminat dijemput hadir untuk menghadiri mesyuarat ini. Majlis bermula tepat jam 9.30 pagi.


AGENDA MESYUARAT :
  1. Ucapan alu aluan pengerusi majlis
    Pn.Juharahbi
  2. Bacaan Doa
    En.Abdul Hamid bin Imam Wih
  3. Ucapan Pengerusi PKSSPDK Daerah Raub
    Puan Sharifah Moslitar
  4. Ucapan Perasmian
    Puan Rohaida binti Ismail
    Penyelaras PDK Daerah Raub
  5. Mesyuarat Agung dimulakan
    1. Pembentangan minit mesyuarat penubuhan persatuan
    2. Pembubaran Jawatankuasa Penaja
    3. Perlantikan Jawatankuasa 2009 - 2011
    4. Lain lain hal
    5. Ucapan penagguhan
  6. Jamuan ringan
  7. Majlis bersurai

NAMA AHLI JAWATAN KUASA BARU BAGI PERSATUAN PKSSPDK SESI 2009 - 2011
  1. Penasihat : En.Mohamad Tajul Aris bin Hassan
  2. Pengerusi : Puan Sharifah Moslitar binti Syed Mokhtar
  3. Naib Pengerusi : Puan Juharahbi bin Ali
  4. Setiausaha : En. Mohd Zukifly bin Mat Yatim
  5. Naib Setiausaha : Puan Ros Faizah binti Saleh Kamar
8 orang AJK
  1. Puan Rohani binti Osman
  2. Puan Noraida binti Ab. Rahman
  3. Encik Nasrul Hiyam bin Nasri
  4. Cik Suziana binti Seria
  5. Puan Rohaida
  6. Puan S.Mallikaha/p M.Suppiah
  7. Inderjit Kaur a/p Keharsingh
  8. Puan Asmah binti Sonan
2 orang Juru Audit Dalam
  1. En.Abdul Hamib bin Imam Wih
  2. En.Khairul Amri bin Abu Hassan

Saya berharap dengan lantikan barisan Ahli jawatankuasa baru ini persatuan kami akan dapat bergerak dengan lebih aktif lagi. Bak kata pepatah bersatu teguh bercerai roboh.

UBAHSUAI BANGUNAN

Salam bahagia untuk yang membaca ruangan saya ini.........
Mungkin agak lewat saya menulis tajuk ini, kerana pengubahsuaian bangunan ini dah lama mula. Projek ini bermula bersamaan dengan tarikh mesyuarat agung PDK yang lalu iaitu bersamaan dengan 14hb.march 2009.

Gambar sebelah menunjukan gambar sisi sebelum diubah suai.

Bawah permulaan baik pulih atau pengubahsuaian



Sunday, March 15, 2009

MESYUARAT AGUNG PDK


PDK Warisan buat pertama kalinya selepas 4 tahun beroperasi telah berjaya mengadakan mesyuarat Agung buat pertama kalinya.
Awal-awal pagi lagi saya dah sampai ke PDK Warisan untuk memastikan semua persiapan untuk mesyuarat agung siap teratur.Seperti yang saya telah cetak pada jemputan mesyuarat,mesyuarat bermula jam 9 pagi.Tapi malangnya walaupun dah pukul 9.00 pagi tapi masih tiada pun orang yang hadir,cuma saya serta petugas PDK Warisan serta pengerusi yang ada kat situ. Jam menunjukan hampir 9.30 pagi,saya rasa sedih sebab tetamu masih tak hadir tapi perasmi dah sampai.Tapi mujurlah lepas seketika barulah ramai ibubapa dan komuniti setempat hadir.
Alhamdullilah akhirnya majlis ini berjalan dengan lancar.Pengerusi PDK Warisan adalah orang baru.Sementara itu AJK adalah terdiri dari muka lamam dan juga muka muka baru.Paling saya tak sangka penglibatan belia setempat yang memberikan kerjesama dan bersetuju menjadi AJK PDK.Tahniah pada semua AJK yang dilantik untuk sesi 2009 hingga 2011.Diharapkan juga dapat membawa perubahan yang terbaik bagi PDK dan pelatih pelatih OKU di sini.
Wassalam.......

PLKN SIRI 1 2009

Catatan kali ini adalah catatan yang terlewat,kerana perkara ini berlaku sebelum berlakunya pengubahsuaian bangunan PDK Warisan.Sewaktu kedatanganPelatih PLKN dari Benum Hill Resort saya tiada disana,kerana ada urusan di Kuantan .Walau bagaimana pun saya mengucapkan terima kasih kepada Pelatih pelatih PLKN yang menjalankan aktiviti di PDK Warisan Taman PAKR Gali Tengah, untuk membuat aktiviti Khidmat Masyarakat. Pengerusi Taman PAKR telah memberikan Pelatih Pelatih PLKN ini kepada beberapa kumpulan.


Satu kumpulan di arahkan membuat tugasan di PDK kami iaitu PDK Warisan. Bila kumpulan ini sampai pihak PDK meminta Pelatih pelatih ini mengemaskan stor di belakang PDK untuk kami lakukan pengubahsuaian bangunan.Projek pengubah- suaian ini bercadang menjadikan stor sebagai kelas untuk pelatih palatih OKU kami belajar.

SIJIL PERSATUAN

Lebih kurang pada pukul 9.30 pagi hari selasa 10hb.March 2009. saya telah mendapat panggilan telefon dari pejabat Pendaftaran Persatuan.Dalam talian En Roslan memperkenalkan dirinya dan mahu bercakap dengan saya. Dalam hati dan fikiran,saya cuma dapat bayangkan yang kertas permohonan persatuan saya gagal bila En Roslan menanyakan adakah saya dah terima surat yang Jabatan beliau kirimkan. Dengan pantas saya tanya beliau semula,surat bila tu? Kalau surat pembetulan saya dah hantar semula....... kata saya.Kemudian En Roslan berkata lagi bukan surat itu... tapi surat berdaftar menjemput saya ke majlis Penyerahan Sijil bagi Persatuan Kebajikan Sukan dan Sosial Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Raub yang kami tubuhkan.Pada masa itu rasanya mahu saya menjerit kerana keseronokan, segala usaha dan penat lelah saya mengendalikan pendaftaran Persatuan ini akhirnya berjaya.Tampa berlengah lagi saya memberitahu En Roslan kami akan hadir pada hari penyerahan sijil itu nanti.

Meyuarat AJK PDK Kali 2

Salam muhibbah dari saya untuk semua..... Pada anda yang membaca tulisan saya ini.Pada kali ini saya ingin menulis berita mengenai mesyuarat AJK PDK buat kali 2.Mesyuarat kali ini adalah untuk memastikan segala persiapa untuk mesyuarat agung yang akan berlansung nanti berjalan dengan lancar.
Semua AJK PDK diminta datang untuk bermesyuarat pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 11 hb.March 2009

Masa : 5.30 petang

Tempat :PDK Warisan

Pada tarikh & masa yang ditetapkan,hanya beberapa orang AJK sahaja datang.Saya berasa agak sedih juga memandangkan mesyuarat kali ini agak penting juga untuk memastikan perjalan mesyuarat agung nanti berjalan seperti yang dirancangkan.Memandangkan kehadiran ahli yang kurang memuaskan,kami meneruskan juga mesyuarat untuk kali ini,tetapi kami telah mengubah beberapa perkara yang telah dirangcang pada mesyuarat yang lalu.Sebagai contoh Perasmi majlis telah bertukar begitu juga acara sambutan,PA sistem yang sepatutnya ada juga tiada, paling besar tempat mesyuarat akan diadakan juga telah bertukar dari dewan serbaguna ke PDK sahaja.
Perubahan yang berlaku adalah memeranjatkan saya kerana apa yang sepatutnya telah bertukar begitu itu sahaja.
Perkara begini sungguh meletihkan saya kerana saya terpaksa membuat surat lain untuk perasmi, kerana perasmi telah bertukar orang, begitu juga surat jemputan mesyuarat, memandangkan tempat bermesyuarat telah bertukar.Satu perkara yang saya pasti ialah pentadbiran AJK diPDK saya tak menunjukan contoh kepimpinan yang baik.
Wassalam dan jumpa lagi...............

PEMBELIAN PERALATAN 1

Salam muhibbah dari saya untuk semua..... Pada 6hb.March yang lalu saya telah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat pembelian peralatan PDK

Tarikh : 6 hb. March 2009 ( Jumaat)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Tingkat 4 (Bilik Gerakan)
Bangunan Gunasama Persekutuan Raub

Setiap PDK di wakili oleh Pengerusi,Setiausaha,Bendahari dan juga Penyelia.Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh encik Mohd Tajul Aris bin Hassan.Mesyuart ini bertujuan untuk pembelian peralatan untuk PDK.Taklimat untuk peralatan dan sebutharga disampaikan oleh En.Rosli,wakil bagi syarikat PHYSIOPRIMA yang beralamat di no. 1B,Jalan Mendaling 43000 Kajang selangor.Setiap peralatan kami perlukan akan dibincangkan terlebih dahulu mengikut kesesuaian pelatih.
Jadi kami akan mengadakan semula perjumpan dengan senarai yang ditelah dipilih pada 20hb March akan datang.Tempat perjumpaan adalan ditempat yang sama,juga ahli mesyuarat yang sama.

Wednesday, March 4, 2009

Mesyuarat AJK 1 2009

Salam sejahtera dan semoga anda semua sihat dan ceria selalu.Seperti biasa dan hari hari yang telah berlalu,saya dan semua warga pdk Warisan masih berada dalam situasi yang meransangkan untuk menjalankan tugas dan aktiviti kami di sini.
Kali ini saya cuma nak mewartakan bahawa PDk kami telah mengadakan mesyuarat AJK buat kali pertama bagi tahun 2009 ini.Mesyuarat ini telah berlansung pada 1hb march yang lalu,pada jam 3.00 petang bertempat di PDK Warisan.Apa yang saya rasa terkilan adalah kehadiran ahli jawatankuasa itu sendiri.Walau apapun pun bersyukur juga karana mesyuarat ini dapat juga dilaksanakan dengan baiknya.. walaupun bagi saya kurang memuaskan.
Banyak perkara yang ingin saya ajukan dan nyatakan,malangnya tak berkesempatan untuk menerangkan dan menyatakan pada mesyuarat kali ini.Sebab saya berfikir mesyuarat pada kali ini adalah bertujuan untuk mengadakan mesyuarat agung 14 hb march bersamaan hari sabtu yang akan datang.Mungkin selepas mesyuarat Agung nanti barulah saya akan menerangkan apa aktiviti yang telah dijalankan dan akan dijalanklan kepada semua AJK yang baru nanti. Harap harap AJK yang dilantik nanti dapat memberikan kerjasama dalam memajukan PDK Warisan dan bertindak secara profesional dalam menangani segala permasaalahan yang mendatang.
Wassalam dan semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.Semuga jumpa lagi.......