Sunday, March 15, 2009

Meyuarat AJK PDK Kali 2

Salam muhibbah dari saya untuk semua..... Pada anda yang membaca tulisan saya ini.Pada kali ini saya ingin menulis berita mengenai mesyuarat AJK PDK buat kali 2.Mesyuarat kali ini adalah untuk memastikan segala persiapa untuk mesyuarat agung yang akan berlansung nanti berjalan dengan lancar.
Semua AJK PDK diminta datang untuk bermesyuarat pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 11 hb.March 2009

Masa : 5.30 petang

Tempat :PDK Warisan

Pada tarikh & masa yang ditetapkan,hanya beberapa orang AJK sahaja datang.Saya berasa agak sedih juga memandangkan mesyuarat kali ini agak penting juga untuk memastikan perjalan mesyuarat agung nanti berjalan seperti yang dirancangkan.Memandangkan kehadiran ahli yang kurang memuaskan,kami meneruskan juga mesyuarat untuk kali ini,tetapi kami telah mengubah beberapa perkara yang telah dirangcang pada mesyuarat yang lalu.Sebagai contoh Perasmi majlis telah bertukar begitu juga acara sambutan,PA sistem yang sepatutnya ada juga tiada, paling besar tempat mesyuarat akan diadakan juga telah bertukar dari dewan serbaguna ke PDK sahaja.
Perubahan yang berlaku adalah memeranjatkan saya kerana apa yang sepatutnya telah bertukar begitu itu sahaja.
Perkara begini sungguh meletihkan saya kerana saya terpaksa membuat surat lain untuk perasmi, kerana perasmi telah bertukar orang, begitu juga surat jemputan mesyuarat, memandangkan tempat bermesyuarat telah bertukar.Satu perkara yang saya pasti ialah pentadbiran AJK diPDK saya tak menunjukan contoh kepimpinan yang baik.
Wassalam dan jumpa lagi...............

No comments: