Salam sejahtera dan semoga anda semua sihat dan ceria selalu.Seperti biasa dan hari hari yang telah berlalu,saya dan semua warga pdk Warisan masih berada dalam situasi yang meransangkan untuk menjalankan tugas dan aktiviti kami di sini.
Kali ini saya cuma nak mewartakan bahawa PDk kami telah mengadakan mesyuarat AJK buat kali pertama bagi tahun 2009 ini.Mesyuarat ini telah berlansung pada 1hb march yang lalu,pada jam 3.00 petang bertempat di PDK Warisan.Apa yang saya rasa terkilan adalah kehadiran ahli jawatankuasa itu sendiri.Walau apapun pun bersyukur juga karana mesyuarat ini dapat juga dilaksanakan dengan baiknya.. walaupun bagi saya kurang memuaskan.
Banyak perkara yang ingin saya ajukan dan nyatakan,malangnya tak berkesempatan untuk menerangkan dan menyatakan pada mesyuarat kali ini.Sebab saya berfikir mesyuarat pada kali ini adalah bertujuan untuk mengadakan mesyuarat agung 14 hb march bersamaan hari sabtu yang akan datang.Mungkin selepas mesyuarat Agung nanti barulah saya akan menerangkan apa aktiviti yang telah dijalankan dan akan dijalanklan kepada semua AJK yang baru nanti. Harap harap AJK yang dilantik nanti dapat memberikan kerjasama dalam memajukan PDK Warisan dan bertindak secara profesional dalam menangani segala permasaalahan yang mendatang.
Wassalam dan semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.Semuga jumpa lagi.......
Wednesday, March 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment