Sunday, March 15, 2009

PLKN SIRI 1 2009

Catatan kali ini adalah catatan yang terlewat,kerana perkara ini berlaku sebelum berlakunya pengubahsuaian bangunan PDK Warisan.Sewaktu kedatanganPelatih PLKN dari Benum Hill Resort saya tiada disana,kerana ada urusan di Kuantan .Walau bagaimana pun saya mengucapkan terima kasih kepada Pelatih pelatih PLKN yang menjalankan aktiviti di PDK Warisan Taman PAKR Gali Tengah, untuk membuat aktiviti Khidmat Masyarakat. Pengerusi Taman PAKR telah memberikan Pelatih Pelatih PLKN ini kepada beberapa kumpulan.


Satu kumpulan di arahkan membuat tugasan di PDK kami iaitu PDK Warisan. Bila kumpulan ini sampai pihak PDK meminta Pelatih pelatih ini mengemaskan stor di belakang PDK untuk kami lakukan pengubahsuaian bangunan.Projek pengubah- suaian ini bercadang menjadikan stor sebagai kelas untuk pelatih palatih OKU kami belajar.

No comments: