Sunday, March 15, 2009

SIJIL PERSATUAN

Lebih kurang pada pukul 9.30 pagi hari selasa 10hb.March 2009. saya telah mendapat panggilan telefon dari pejabat Pendaftaran Persatuan.Dalam talian En Roslan memperkenalkan dirinya dan mahu bercakap dengan saya. Dalam hati dan fikiran,saya cuma dapat bayangkan yang kertas permohonan persatuan saya gagal bila En Roslan menanyakan adakah saya dah terima surat yang Jabatan beliau kirimkan. Dengan pantas saya tanya beliau semula,surat bila tu? Kalau surat pembetulan saya dah hantar semula....... kata saya.Kemudian En Roslan berkata lagi bukan surat itu... tapi surat berdaftar menjemput saya ke majlis Penyerahan Sijil bagi Persatuan Kebajikan Sukan dan Sosial Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Raub yang kami tubuhkan.Pada masa itu rasanya mahu saya menjerit kerana keseronokan, segala usaha dan penat lelah saya mengendalikan pendaftaran Persatuan ini akhirnya berjaya.Tampa berlengah lagi saya memberitahu En Roslan kami akan hadir pada hari penyerahan sijil itu nanti.

No comments: