Saturday, January 11, 2014

PROGRAM

Salam, Kali ini saya tiada idea nak tulis apa- apa sekadar berkongsi beberapa keping gambar sekitar aktiviti  di PDK Warisan Sekitar mesyuarat agung .....


                    

Latihan menunggang kuda di Kuantan dan hadiah yang telah di menangi dalam pertandingan
       

Tahun Baru 2014

Salam Sejahtera untuk semua tetamu yang singgah di blog saya ini. Terlebih dahulu terima kasih kerana kesudiaan anda membaca blog ini. Syukur dan alhamdulillah ......Selamat tahun baru 2014 pada semua.Selamat tinggal tahun 2013 yang penuh kenangan. Sepanjang tahun 2013 PDK telah beroperasi dengan baik dan bermacam program telah dilakukan.Ada petugas yang bertukar kerja baru, dan semestinya PDK mendapat petugas baru. Alhamdulillah shukor pada tuhan yang memberi kesihatan dan kebaikan untuk kami semua dalam menjalankan tugasan harian di PDK Warisan. Walaupun tidak banyak yang boleh dibanggakan tetapi bagi saya PDK telah melalui persekitaran perubahan yang semakin baik. Aktiviti di PDK masih berterusan walaupun dengan kekangan peruntukan kewangan untuk menjalankan aktiviti. Semangat kerjasama dan membantu, telah diperlihatkan oleh seluruh warga PDK ketika persiapan untuk semua program yang dijalankan. Terima kasih untuk semua yang telah memberi komitmen dalam setiap program. Pada tahun ini ada beberapa perubahan,seperti urusan pendaftaran pelatih di PDK dan juga penggunaan uniform bagi pelatih dan Petugas seluruh negeri Pahang.Saya percaya ini satu pembaharuan yang turut disenangi oleh para ibubapa kerana anak mereka juga dilayan seperti kanak-kanak di sekolah biasa. Tahun 2014 ini adalah permulaan untuk kita menghadapi perubahan dan pembaharuan dalam urusan PDK. Semoga PDK kita lebih berkembang dan maju ditahun hadapan dengan usaha kita semua, Insyaallah. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2014 pada semua warga PDK.

Tuesday, May 1, 2012

Salam sejahtera untuk anda yang sudi menjegah kat blog saya nie......
Dah terlalu lama saya tak menulis disini. Tetiba jee hari ini rasa nak buka ruangan nie. Sempena tarikh ini 01/05/2012 saya mengucapkan selamat HARI PEKERJA untuk anda semua. semuga hari ini membawa makna dan tuah kepada anda diluar sana... saya juga berharap hari ini hari bertuah saya.
Esok 02/ 05/2012 PDK Warisan akan menerima 2 orang petugas baru. Harap mereka dapat memberikan kerjasama dan bekerja dengan penuh tanggungjawab. Dilain cacatan saya akan letakan gambar-gambar petugas PDK warisan dan juga aktiviti kami pada tahun ini.
Disini saya ingin berkongsi aktiviti terbaru pdk kami... Aktiviti ini berlangsung pada 29/04 2011.... Jumpa lagi insyaallah.....

Saturday, October 10, 2009

SAMBUTAN DEEPARAYA 2009

Dong.... 9hb Oktober 2009 ....
Bertempat di Dewan Kompleks Rakan Muda Dong,telah berlansung satu majlis untuk meraikan hari raya untuk anak2 OKU PDK dalam Daerah Raub.Majlis ini dihadiri oleh Dato' Shahirudin bin Hi Ab. Moin dan isteri beliau Datin Arbaiyah. Yang Berhormat En. Abd Aziz bin Hj. Mat Kiram serta isteri,Dato' Pegawai Daerah Raub serta ketua ketua Jabatan,Pegawai JKM negeri Pahang dan Daearah Raub ,Pengerusi dan Penyelia PDK Daerah Bentong sertaLipis,Ibubapa, AJK- AJK PDK Daerah Raub seta OKU yang diraikan. Dijangka kan lebih kurang lapan ratus orang jemputan hadir di majlis ini.


Majlis juga diserikan dengan persembahan oleh pelatih pelatih dari setiap PDK. Dimajlis ini juga Dato' Shah telah menyampaikan duit raya untuk pelatih pelatih pdk.Majlis yang bermula sejak jam 8.00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 12.00 tengahari.

Wednesday, October 7, 2009

PAGAR BARU 2

Setelah sekian lama akhirnya pagar baru di PDK kami pun siap.


Wajah baru PDK Warisan.......




HARI JADI SEPTEMBER

Hari ini 7hb Oktober satu lagi majlis ulang tahun telah diadakan.Kali ini adalah untuk meraikan pelatih pelatih yang dilahirkan dalam bulan september yang lalu.Majlis ini telah berlansung dengan meriah dan seadanya.