Saturday, January 11, 2014

Tahun Baru 2014

Salam Sejahtera untuk semua tetamu yang singgah di blog saya ini. Terlebih dahulu terima kasih kerana kesudiaan anda membaca blog ini. Syukur dan alhamdulillah ......Selamat tahun baru 2014 pada semua.Selamat tinggal tahun 2013 yang penuh kenangan. Sepanjang tahun 2013 PDK telah beroperasi dengan baik dan bermacam program telah dilakukan.Ada petugas yang bertukar kerja baru, dan semestinya PDK mendapat petugas baru. Alhamdulillah shukor pada tuhan yang memberi kesihatan dan kebaikan untuk kami semua dalam menjalankan tugasan harian di PDK Warisan. Walaupun tidak banyak yang boleh dibanggakan tetapi bagi saya PDK telah melalui persekitaran perubahan yang semakin baik. Aktiviti di PDK masih berterusan walaupun dengan kekangan peruntukan kewangan untuk menjalankan aktiviti. Semangat kerjasama dan membantu, telah diperlihatkan oleh seluruh warga PDK ketika persiapan untuk semua program yang dijalankan. Terima kasih untuk semua yang telah memberi komitmen dalam setiap program. Pada tahun ini ada beberapa perubahan,seperti urusan pendaftaran pelatih di PDK dan juga penggunaan uniform bagi pelatih dan Petugas seluruh negeri Pahang.Saya percaya ini satu pembaharuan yang turut disenangi oleh para ibubapa kerana anak mereka juga dilayan seperti kanak-kanak di sekolah biasa. Tahun 2014 ini adalah permulaan untuk kita menghadapi perubahan dan pembaharuan dalam urusan PDK. Semoga PDK kita lebih berkembang dan maju ditahun hadapan dengan usaha kita semua, Insyaallah. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2014 pada semua warga PDK.

No comments: