Friday, October 17, 2008
MAJLIS HARIRAYA AIDILFITRI BERSAMA OKU PDK DAERAH RAUB 2008
Salam Aidilfitri...............
Hari Khamis bersamaan dengan 16hb.Okt.2008 merupakan satu detik sejarah bagi Persatuan petugas PDK daerah Raub kerana dapat menjayakan majlis Hari Raya Aidilfitri bersama pelatih pelatih OKU dari semua PDK PDK daerah Raub.
Majlis kami bermula jam 2.00 petang dan dijangka berakhir jam 5.00 petang.Kami petugas petugas pdk dan sukarelawan telah bertungkus lumus hampir sebulan untuk menjayakan program ini.Kami semua telah mencuba sedaya upaya untuk mencari kewangan bagi menjayakan majlis ini.Alhamdulillah ....syukur pada tuhan kerana dengan berkah dan rahmatnya kami berjaya mengumpul wang sejumlah untuk mengadakan majlis ini. Terima kasih tak terhingga pada penyumbang penyumbang yang sudi menghulurkan sumbangan kepada kami. Semoga anda semua mendapat rahmat dan hidayah serta beroleh keberkatan.
Majlis kami dirasmikan oleh Yang Berhormat En.Abdul Aziz bin Haji Mat Kiram, menggantikan Yang Berhormat Dato' Shahiruddin bin Haji Abdul Moin sebagai perasmi asalnya.
Monday, October 13, 2008
JAMUAN HARI RAYA PDK WARISAN
SALAM.........
Hari ini 13hb.Okt 2008.Kami diPDK Warisan telah mengadakan Majlis Hariraya Aidilfitri secara kecil-kecilan.dimajlis ini pihak PDK tak menjemput walau seorang pun tetamu dari luar.Yang Hadir cuma Pelatih OKU dan beberapa orang ibubapa pelatih.
Walau pun majlis kami kecil.tetapi kami anak anak OKU ini nampak begitu gembira dan seronok sekali menjamu selera.
Majlis kami lebih kepada makan tengahari.. Kerana kami cuma menyediakan nasi putih,kari daging,kari ayam.ayam masak merah,Asam rom,sambal belacan serta ulam pucuk ubi.Minumam pula,pihak kami menyediakan air oren dan juga kopi 'o'panas.Sementara kuih muih pula pihak kami meminta ibubapa pelatih menyediakan setiap orang sedikit.Alhamdulillah semua orang membawa kuih.Jadi banyak juga kuih muih pada majlis hariraya diPDK kami.
Diakhir majlis pihak kami telah memberikan pelatih pelatih OKU ini sedikit duit raya.
SAMBUTAN AIDILFITRI
salam sejahtera............
Dah hampir dua minggu aidilfitri disambut oleh seluruh umat Islam dan semua kaum di negara kita ini.Samada perayaan ini disambut secara besar-besaran atau sederhana yang penting kita semua dapat merayakan Hariraya Aidilfitri ini dengan perasaan meriah dan juga dengan hati yang gembira
Pada mereka yang kurang bernasib baik saya berharap kita semua dapat mendoakan kesejahteraan dan kebahagian pada mereka.Pada yang kehilangan ahli keluarga pada hari yang mulia ini sama samalah kita berdoa agar roh mereka dicucuri rahmat.Disini saya bagi pihak petugas petugas PDK Daerah Raub turut mengucapkan takziah pada keluarga Puan Aida dari PDK Cheroh yang telah meninggalkan kami semua pada Hariraya yang ketiga lalu bersamaan dengan 3hb.Okt.2008 yang lalu.Al Fathiah buat almarhummah.
Sempena bulan shawal yang berbahagia ini tak terlewat rasanya saya mengucapakan selamat Hariraya Aidilfitri pada anda yang membaca ruangan saya ini.
**Pn.Aida dalam kenagan...

Label:
doa buat pn.Aida
Subscribe to:
Posts (Atom)