Monday, October 13, 2008

JAMUAN HARI RAYA PDK WARISAN



SALAM.........
Hari ini 13hb.Okt 2008.Kami diPDK Warisan telah mengadakan Majlis Hariraya Aidilfitri secara kecil-kecilan.dimajlis ini pihak PDK tak menjemput walau seorang pun tetamu dari luar.Yang Hadir cuma Pelatih OKU dan beberapa orang ibubapa pelatih.
Walau pun majlis kami kecil.tetapi kami anak anak OKU ini nampak begitu gembira dan seronok sekali menjamu selera.

Majlis kami lebih kepada makan tengahari.. Kerana kami cuma menyediakan nasi putih,kari daging,kari ayam.ayam masak merah,Asam rom,sambal belacan serta ulam pucuk ubi.Minumam pula,pihak kami menyediakan air oren dan juga kopi 'o'panas.Sementara kuih muih pula pihak kami meminta ibubapa pelatih menyediakan setiap orang sedikit.Alhamdulillah semua orang membawa kuih.Jadi banyak juga kuih muih pada majlis hariraya diPDK kami.

Diakhir majlis pihak kami telah memberikan pelatih pelatih OKU ini sedikit duit raya.

No comments: