Friday, October 17, 2008

MAJLIS HARIRAYA AIDILFITRI BERSAMA OKU PDK DAERAH RAUB 2008






Salam Aidilfitri...............
Hari Khamis bersamaan dengan 16hb.Okt.2008 merupakan satu detik sejarah bagi Persatuan petugas PDK daerah Raub kerana dapat menjayakan majlis Hari Raya Aidilfitri bersama pelatih pelatih OKU dari semua PDK PDK daerah Raub.

Majlis kami bermula jam 2.00 petang dan dijangka berakhir jam 5.00 petang.Kami petugas petugas pdk dan sukarelawan telah bertungkus lumus hampir sebulan untuk menjayakan program ini.Kami semua telah mencuba sedaya upaya untuk mencari kewangan bagi menjayakan majlis ini.Alhamdulillah ....syukur pada tuhan kerana dengan berkah dan rahmatnya kami berjaya mengumpul wang sejumlah untuk mengadakan majlis ini. Terima kasih tak terhingga pada penyumbang penyumbang yang sudi menghulurkan sumbangan kepada kami. Semoga anda semua mendapat rahmat dan hidayah serta beroleh keberkatan.
Majlis kami dirasmikan oleh Yang Berhormat En.Abdul Aziz bin Haji Mat Kiram, menggantikan Yang Berhormat Dato' Shahiruddin bin Haji Abdul Moin sebagai perasmi asalnya.

1 comment:

AstridT said...

hola te invito a visitar mi blog